Pendahuluan.
Walaupun sejarah awal Tanah Melayu
boleh dijejaki sehingga kurun-kurun sebelum masihi, namun dalam tugasan ini
akan bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah
didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai
sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka
dapat dikenal pasti melaui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat
perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan, dan mempunyai politik
antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China. Pendek kata,
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.
Soalan 2 : ‘keagungan negeri Melaka bukanlah bergantung
keseluruhannya kepada kenyataan bahawa ia adalah sebuah pusat perdagangan yang
besar dan sebuah tempat pengajian islam,bahkan ia adalah sebuah empayar yang
luas kuasanya dan bukan calang-calang kedudukan’.? (Zainal Abidin Wahid:Sejarah
Malaysia sepintas lalu) Berdasarkan petikan diatas,pada pandangan anda sejauh
manakah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dijalankan.
Pada
pendapat saya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan
melalui sistem pentadbiranya yang sistematik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang
tersusun dan sistematik. Sebagai contoh, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan
sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat
pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan merupakan kuasa
tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna kesempurnaan,
keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat ini amat
dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan
sultan, mereka akan dianggap menderhaka.
Peranan sultan juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan berperanan sebagai lambang
perpaduan rakyat. Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi, sultan juga
berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu. Sultan juga mengetuai
hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China, Pasai, Kampar, Siak,
Siam, Ryukyu, Gujerat,dan Arab. Tambahan pula, sultan berupaya melantik
pembesar negeri seperti Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa
mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan
diplomatik dan agama Islam. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab
masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. Mereka juga
bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka ..
Sistem
Pembesar Empat Lipatan merupakan satu sistem yang
sistematik dan berwibawa. Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem
Jemaah Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka dapat dipertahankan. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab
untuk melicinkan pentadbiran. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan
akan lemah. Bendahara berperanan sebagai menteri utama. Bendahara merupakan
penasihat utama sultan dalam pentadbiran. Selain itu, bendahara juga berperanan
sebagai ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar dan juga ketua istiadat.
Bendahara juga adalah ketua turus angkatan perang dan sekaligus pemangku sultan
ketika gering atau ke luar negara. Sebagai contoh dalam Sejarah
Melayu,Sulalatus Salatin karya Tun Sri lanang, Bendahara Paduka Raja iaitu Tun
Perak adalah bendahara yang mempunyai kebijaksaan dalam membantu Sultan
Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah, Sultan
Alau’d-Din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah di dalam pentadbiran sekaligus beiau
begitu taat dalam mempertahankan kegemilangan Melaka.
Peranan Temenggung
juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Temenggung berperanan
memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri. Tanpa temenggung maka
ketenteraman dan keamanan Melaka terancam. Temenggung merupakan penguasa bandar
dan kota Melaka. Temenggung mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan
pedagang adalah betul. Selain itu, temenggung merupakan protokol istanadan juga
sebagai hakim di darat.
Laksamana pula
berperanan sebagai ketua angkatan laut. Hal ini demikian kerana, laksamana
ditugaskan menjaga ketenteraman laut. Selain itu, laksamana juga turut mengawal
keselamatan sultan ataudikenali sebagai
pengawal peribadi sultan. Laksamana turut mengetuai utusan diraja ke seberang
laut. Laksamana juhga merupakan seorang ketua duta. Hal ini demikian kerana,
laksamana mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan bendahara. Jawatan ini
diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Kerajaan yang
kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar
kepada sultan. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut
agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya. Sultan akan
memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. Kawasan
yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'. Pembesar
berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu bendahara, kawasan
pegangannya ialah Muar dan Bentan,Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah
Sening Ujung dan Kampar, Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik, Temenggung
tiada kawasan pegangan dan Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan
Siantan. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk
memungut cukai. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah
'kawasan pemakanan' .Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada
sultan.
Selain itu, kedudukan geografi juga menyumbang kepada kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka terletak di tempat
yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalanperdagangan anatara
Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India
(Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan
makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung
daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin
Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang
juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin
Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang
China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India
belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan
Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka
dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain
itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar
berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan
kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga
mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal
dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan
serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di
persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.
Kemudahan
Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka juga turut menyumbang
faktor kegemilangannya. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di
pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara
kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah
persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga
disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan
pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang
juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran
semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada
Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.
Peranan
Syahbandar turut melicinkan aktiviti
perdagangan di pelabuhan Melaka. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan
yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai
olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan
Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar iaitu antara jawatan
terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak.
Antara tugas-tugas Syahbandar ialah menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan
keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar,menjaga kebajikan
pedagang, menjaga keselamatan pedagang dan menjadi hakim di pelabuhan. Syahbandar
juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang iaitu
Syahbandar I , mengurus pedagang dari Gujerat, Syahbandar II menguruskan
pedagang dari China, Ryukyu dan Champa,Syahbandar
III menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi dan Syahbandar
IV mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda,
Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan dan Pasai.
Keberkesanan
Undang-undang yang digubal oleh pemerintah Melaka secara tidak
langsung menyumbang kegemilangannya. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti
perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti
Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24
fasal. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi peraturan dan
tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah yang berlaku di
kapal dan larangan dan tanggungjawab nakhoda.
Cukai
Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan
Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya
dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat
dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti
import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada
sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk
barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk
keperluan sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat
Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk
berniaga Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan
perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai
yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang
dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai
sebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai
tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan,
Temenggung dan Syahbandar dan pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap
di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.
Penggunaan
Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan
pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan
penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi
menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang
dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang
memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah
juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan
Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan
sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran
barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu
Bahasa
Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada
kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa
Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh
pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi
masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam
bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang
berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga
digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan
pendidikan.
Hubungan
diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal
sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan
hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak
pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan
ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan
lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah
.serta Kampar dan Siak-membekalkan emas
Hubungan Melaka
dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri
Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah
berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat
tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga
telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar
pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan
perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan
Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui
hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti
beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai.
Hubungan Melaka
dengan Kampar dan Siak pula terjalin melalui penaklukan. Penaklukan Melaka ke
atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada
hitam dan emas. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan
apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah. Penggunaan
istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding
dengan Melaka. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka. Ketinggian
kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat
Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga
Hubungan
Antarabangsa Melaka dengan China mula terjalin semasa pemerintahan Maharaja
Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan
pengaruh China ke luar negeri. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang
diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam
oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan China. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu
utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan
mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka. Kerajaan Ming juga telah
menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang
kain sutera dan payung kuning. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan
Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai
oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409. Pada tahun 1411, Parameswara
sendiri melawat China. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam
bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China akan berdagang ke
Melaka.
Hubungan diplomatik
Melaka dengan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak
awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. Baginda telah membunuh
Temagi iaitu wakil Siam. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan
diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam. Melaka
mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. Siam
telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati
Hubungan Melaka
dengan Ryukyu juga terjalin. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan
diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Raja
Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. Dalam kandungan surat
tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai
kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa
berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka
akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Hal ini terbukti bahawa, Raja
Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.
Melaka juga
menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. Pedagang Gujerat membekalkan
kain kepada Melaka.Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan
Melayu.Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka. Melaka juga
turut menjalinkan hubungan dengan Arab. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan
ajaran Islam di Melaka. Mereka juga membeli emas dan rempah dari Kepulauan
Melayu manakala kain sutera dan teh dari China.
Melaka menjadi pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor
yang menyebabkan kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan
Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima
ajaran Islam. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan
penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari
Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri
tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad
ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.
Keunggulan
Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat
mempertahankan kegemilangannya. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat
penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat
seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru
kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada
rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan
agama Islam. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat
tinggal kepada pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik
kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian
diikuti pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun
Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami
agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan
Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah
dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci
al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu
tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan.
Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau
mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang
berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur
kitab-kitab dan menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab
terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah
menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka
Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara
Perkahwinan
Diraja juga turut memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan
Melaka. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan
Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari
Rokan, Siak dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera
Raja Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah
ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu
menyebarkan agamna Islam.
Penaklukan
semasa pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang
ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan
yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat
jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara
sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri
Peranan
Ahli Sufi juga membantu mempertahankan kegemilangan Melaka. Ulama
ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata
tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu,
Sulawesi dan Mindanao. Selain itu, pedagang turut serta dalam membantu
keungugulan Melaka. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut
tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan
keistimewaan dan perdagangan. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan
agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa. Usaha
Pemerintah juga turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kegemilangan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama
untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal
agama.Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk
menyebarkan Islam. Sinar Islam yang memberi kesan terhadap kegemilangan Melaka pada
ke-15.
Tulisan Jawi
juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam
urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama. Penulisan
dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar
dalam budaya kehidupan orang Melayu. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang
besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam kesenian corak ukiran
di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu
nisan dan sebagainya. Tulisan juga terdapat
dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi
amalan yang dibuat kesan kegemilangan Melaka,khatam, al-Quran, majlis
kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha gigih pemerintah Melaka
mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka
juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau
persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Istana
telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu
menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.
Pusat
kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat
kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep
intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu
bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya.Orang yang
mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan
ulama di istana.Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal
perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis
karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing-Arab,
Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun
salasilah raja-raja.Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dsn menterjemah
Kita agama.
Bahasa asing
telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah
menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya
sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat
Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialah
Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi
Wafat
dan Hikayat Nabi Yusof.
Selain daripada
karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telah
dihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa
pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal.Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar
Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
Istana Melaka
pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan
antara golonganalim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan
kitab yang berkaitan dengan aspek
ketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana
Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah
kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu
telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan
dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu
pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini
ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang
pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri'
yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah,
corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap
mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada
waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka
juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri
di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah
menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka
juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang
seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu
sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum
adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi
ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia
pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk
seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka
juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan,
konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.
Kesan dari segi
sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan
agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu,
sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.