Tuesday, May 1, 2012

FORUM SASTERA


TAJUK FORUM : FAKTOR SASTERA KURANG DIGEMARI REMAJA DAN USAHA MENGATASINYA
AHLI KUMPULAN:
Jackryson Ahyit
Gelmy Dennis
Liana Ak Merikan
Nurul Aniza binti Shaini
Siti Nursollehah binti Melawie

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil µalamiin, wassolatu wassalaamuµalaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa µala alihi wa sohbihi ajma¶iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam1 Malaysia.Warga dewan sekalian, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapatkita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Siti Nursollehah binti Melawie pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, remaja kurang menggemari sastera daripada subjek-subjek yang lain.Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Persoalannya di  sini apakah faktor yang menjadi penyebab remaja kurang meminatinya dan usaha dalam mengatasi permasalahan ini. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan empat orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Gelmy Dennis yang merupakan Ketua Kelab Bahasa Melayu. Apa khabar saudara?Panel Pertama : Sihat, Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari Nurul Aniza binti Shaini, selaku wakil Kelab Pencinta Bahasa. Selamat datang saudari.Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Liana Merikan merupakan wakil Kelab Warisan dan Budaya. Selamat datang juga buat saudari. Dan berbaju putih sana, saudara Jackryson Ahyit selaku wakil Kelab Bahasa Melayu. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep sastera dan faktornya tidak digemari?.

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Istilah sastera yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu sastra.  Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk,manakala –tra merujuk kepada alat. Sastra beerti alat untuk mengajar. Pada pendapat saya, faktor yang menyebabkan sastera kurang digemari ialah pengaruh minat. Kelemahan dalam minat dan perasaan fobia terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan skor markah dan prestasi sastera. Keadaan ini menimbulkan masalah-masalah susulan seperti pelajar kurang memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, pasif, tidak membuat kerja rumah dan tiada insentif untuk meningkatkan prestasi diri.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa sastera kurang digemari disebabkan kelemahan minat dan perasaan fobia terhadap sastera. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah faktor yang juga mendorong permasalahan ini?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.Baiklah sebenarnya, Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelajar kurang meminati sastera. Pertama, kurangnya minat membaca di kalangan pelajar menjadi penyumbang utama ke arah fenomena ini. Pelajar hari ini didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan. Kedua, tidak ada galakan daripada ibu bapa kerana mereka beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik. Ketiga, kurangnya pendedahan tentang sastera dan peluang pekerjaan yang berkaitan. Keempat, harga buku sastera yang tinggi.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi.Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak faktor yang mengakibatkan remaja kurang menggemari sastera.Forum diteruskan lagi kepada panel kita yang ketiga,  selain faktor yang disebutkan oleh panel ketiga mungkin ada lain faktor yang menyebabkan remaja kurang menggemari sastera.

Panel Ketiga:Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Faktor guru dan pengajaran merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Guru yang mengajar dengan baik dapat mengubah persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Untuk mengubah persepsi pelajar, guru perlu memainkan peranan membentuk minat pelajar serta lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran kelas. Oleh itu, guru harus sentiasa bersikap proaktif dan mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang mampu menarik minat pelajar, dan pada masa yang sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran. Faktor bahan turut memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera. Guru sastera perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian

Pengerusi: Terima kasih kepada panel yang ketiga atas penambahan isi yang cukup bernas dan relevan. Seperti yang kita sedia maklum, zaman teknologi sekarang ini amat membantu proses pengajaran di sekolah. Maka tidak ada alasan lagi tercetusnya kurang minat remaja dalam pelajaran terutamanya dalam sastera. Seterusnya, saya nak panel keempat kita pada hari ini nyatakan usaha yang perlu diambil dalam memastikan sastera makin digemari dan tidak menjadi nanah yang sukar diubati.

Panel Ke 4: Terima kasih pengerusi yang menanyakan soalan yang membuatkan saya tidak sabar menjawabnya. Pada pandangan saya, usaha-usaha untuk menanamkan minat terhadap karya sastera dalam kalangan remaja ialah mengadakan kempen di seluruh Malaysia. Kempen ini haruslah mengenai karya-karya sastera oleh penulis yang hebat dan dirasmikan oleh pakar motivasi atau sasterawan. Kempen yang bertajuk ‘ Membaca Amalan Kita’, perlu dilaksanakan sama ada di sekolah, di rumah dan sebagainya.
Selain itu,pada pandangan saya untuk menarik minat terhadap karya sastera dalam kalangan remaja ialah mengadakan jualan buku secara besar-besaran. Jualan buku ini dapat menarik minat remaja untuk menyertai aktiviti ini. Jualan buku secara besar-besaran bukan sahaja hasil karya sastera tradisional Melayu malah karya dari seluruh dunia. Dengan cara ini, remaja bukan sahaja mengetahui karya daripada Malaysia malah karya yang agung dari negara luar. Aktiviti jualan buku ini mestilah dengan harga yang berpatutan dan pihak penganjur perlu mengadakan kuiz dengan menyediakan hadiah yang menarik. Dengan aktiviti ini, pengunjung dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih meluas lagi. Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang remaja dan remaja tidak akan terlibat dengan gejala sosial yang semakin meningkat.
Selain itu ibu bapa ibu bapa haruslah memupuk minat membaca sejak dari kecil lagi dan memastikan anak mereka memahami karya sastera tradisional. Ibu bapa juga bertanggungjawab membelikan buku cerita dan membacakan kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak pergi ke perpustakaan untuk membaca buku dan melihat pameran buku yang sedang diadakan . Ibu bapa haruslah bijak menentukan masa depan anak-anak mereka. Dengan cara ini, remaja akan berminat dan meminati karya sastera dengan lebih mendalam dan terperinci.
Peranan media massa dan media elektronik juga amat penting. Media massa dan media elektrronik dapat memupuk minat remaja terhadap karya sastera . Media massa dan media elektronik haruslah memainkan peranan mereka dengan lebih efektif dan efisyen. Media ini haruslah menyalurkan pengetahuan yang lebih meluas mengenai karya sastera tradisional ini. Selain itu, media harus membuat iklan ataupun drama dan filem mengenai karya sastera supaya boleh menarik minat remaja terhadap karya sastera. Kerajaan juga harus memainkan peranan mereka dengan memberi kerjasama dan sokongan untuk menarik minat remaja terhadap karya sastera tradisional.
Hakikatnya, usaha untuk menarik golongan remaja meminati karya sastera kurang diberi perhatian. Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama dengan semua pihak untuk menarik minat golongan remaja terhadap karya sastera tradisional. Ini dapat meningkatkan pelajar yang cemerlang dalam negara Malaysia dan Malaysia akan menjadi pusat pendidikan yang bertaraf tinggi di dunia.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada keempat-empat ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ´masuk telinga kanan, keluar telinga kiri´. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekunmendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah.Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:Tuailah padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intailah kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnyayang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnyadaripada kekhilafan diri kami sendiri.Wallahu¶alam.Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

No comments:

Post a Comment