Saturday, August 11, 2012

Salam 1 Malaysia!cek2 rock3...ASSALAMMUALAIKUM WBT....

Perggghhh....5 ari g nak balekkk maaa...terasa sangat lama dh xbalek(walhal 2 bulan ja.)..hahaa...xtau nak kate ape..sbb terlalu HOMESICK!..

eh..eh.eh...nak definisi apa itu homesick!mesti bgi takrif dya dulu..saya kan ckgu..t student tanya..ckgu, homesick tu ape?budak ternganga kta pun garu kepala..kann...

Mengikut google translate, HOMESICK bermaksud rindu kepada kampung halaman..ini yang salu kita dok tengok budak yg jaoh dr perntauan o dalam erti kata lain study kat IPTA...kompem dorg pakai istilah nihhh....duu mase tgkatan xtau jugak maksud nih..tp dh tengok cara penggunaanya baru tau apa maksud sebenarnya!boleh gak ajaq TESL nih..hahaha...tapi kalo d BM kan.."HOMESICK" BERMAKSUD SAKIT RUMAH!hahahhaa..xmasok akal kan..

eemm...homesick ni la yg salu terjadi kat saya...teringin sangat nak sama ngn family...lama2...cuti maktab tau2 je..ckit ja pon..tp ALHAMDULILLAH...jadila kan..dr xdak cuti langsung..kenela bersyukur...TAPI, manusia kan..xpnah bersyukur dengan apa yg ada..mesti nak lebih..eemm..tu malaih la nak cter panjang lebaq...ehehehhee...kuar pulok loghat kedah...^^V..

tapi kan..dok diperantauan nih, bez jugak..rindu kat family..boleh merapatkan silaturrahim..then,bla dh xsalu balek sume yg dnak kta dapa..dh ar..malaih nak tulis panjang2...esemen belom abis ag nihh..k SEKIAN...

muka saya yg HOMESICK!


muka yg tensen..sbb tu karoke.^^

Thursday, August 9, 2012



Han namjaga geudaereul saranghamnida
Geu namjaneun yeolshimhi saranghamnida
Maeil geurimjacheoreom geudaereul ttaradanimyeo
Geu namjaneun useumyeo ulgoisseoyo

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I baramgateun sarang i geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nan jigeumdo yeope isseo 
Geu namjan umnida

Geu namjaneun seonggyeogi soshimhamnida
Geuraeseo unneun beobeul baeweotdamnida
Chinhan chinguegedo mothaneun yaegiga manheun
Geu namjaeui maeumeun sangcheotuseongi

Geuraeseo geu namjaneun geudael
Neol sarang haetdeyo ttokgataseo
Tto hanagateun babo tto hanagateun babo
Hanbeon nareul anajugo gamyeon andweyo OH

Nan sarangbadgo shipeo geudaeyeo
Maeil sogeuroman gaseum sogeuroman
Sorireul jireumyeo geu namjaneun oneuldo
Geu yeope itdeyo OH

Geu namjaga naraneun geol anayo
Almyeonseodo ireoneun geon anijyo
Moreulkkeoya geudaen babonikka~

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I babogateun sarang i geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nan jigeumdo yeope isseo
Geu namjan umnida

Friday, May 18, 2012

Ragam ayat


Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.

Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-…. 

Contoh ayat aktif:
a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.

 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua.
Contoh ayat pasif:
a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.
b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi.
c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi.
d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya.
e) Baju sekolah saya sudah berbasuh.
f) Baju itu belum bergosok.
g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam.
h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong.
i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap.
j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak.  KATA KERJA TRANSITIF TANPA IMBUHAN
Biasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN-… kecuali kata makan dan minum.
Contoh ayat daripada kata makan dan minum:
a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang.
b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. KATA KERJA BERAWALAN MEN-… TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF)

Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagai judul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa komplemen.

Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerja transitif aktif dalam ayat itu digugurkan. Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu adalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalan meN-….

Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan. 
Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN-… dalam ayat:
a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak.
b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah.
c) Padi di sawah nenek sudah menguning.  Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mesti menerima objek, terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek kerana objek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat). Namun begitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. Contoh ayat transitif aktif yang objeknya boleh digugurkan:
a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel, sajak, dan sebagainya)
b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya)
c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya)
d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu)
e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya) Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktif tidak dinyatakan.
Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikan subjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalam ayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan.
Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas:
a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya.
b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur.
c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik.
d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing.
e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi.
Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR-…. Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yang menerima awalan teR-… terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikuti oleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR-… apabila dipasifkan. Contoh ayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. :
a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.
b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat.
c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas.
d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu?
e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR-… itu dijadikan judul dalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-…. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-… daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah:
a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang.
b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.
c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya.
d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu?
e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. Selain itu, terdapat sebilangan kata kerja transitif aktif yang menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.  Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek:
a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin.
b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.
c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan.
d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. Sekiranya ayat-ayat aktif transitif dengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalam ayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:
a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin.
b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu.
c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan.
d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.

HARI MALAS SEDUNIA =.="

isshh....nak cite nih..ari malas sedunia..antara yg malas saya buat arini ialah

1.kemas bilik
2.p makan
3.packing barang
4.mandi
5.STUDY

kemas bilik memang saya jarang buat!haha...xkesahla aritu saya malas ke x...ishhh..apasal nih..cmne nak jd bini org sat g??emmm....xtau nak buat ape...adoii...bilik mcm tongkang pecah da...harrhhhh!!!*.*...

p makan pon malas...mmg nak diet sgt kot!!sbnrnya tengah nak kuruskan badan..tapi takot jugak gastrik pulak..alahai..apa nak jadi dh ni...huh!!em,,. =.='..apasal la ni..huk3..>.<...apa pon xbleh...harhh!!! mau berat 50 kg sbb la ni dh 60 kg dh..uwaaa..nak slim mcm dulu2..aiyooo..

packing barang
actually mmg dh rajin sbb dh packing pon!tp ada lagi sisa2 yang belom abis ag packing!bangga nak bgtau yang 25 mei nih dh nak balik...miss maa same family n my sweetheart!daydeqs rahim<3....syg kamooo sume sgt!!

mandi pon malas..hahaaha...dh pukoi 4 setengah nih..awat xmane ceq oi...kluar pulak bahasa kedah!haha...em...xtau la kenapa malas ni mmbuak2..rase nak tdo je...buat benda yg xbrfaedah..adoiii..boring tahap siot nihhh...harhhh!!!...=.='..

STUDY..ag 2 paper g tggal...paper Pj n BM2...ada gak buat revision jap td..p maseh belom dpt fokus akibat terlalu malas yg mmbuak2...harhhh..gerammmnyerrr....nak balek jer tau,,nak jumpe family...5 bulan dh xbalek...xda yg menyuntik smgt...mmg xfokus bila stdy tringat je org2 kat sana...Ya Allah..toonglh hambamu ini..emm....:'(

tu je...K bye!^^
 

Tuesday, May 1, 2012

Faktor-faktor kegemilangan melaka


Pendahuluan.

            Walaupun sejarah awal Tanah Melayu boleh dijejaki sehingga kurun-kurun sebelum masihi, namun dalam tugasan ini akan bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melaui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan, dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China. Pendek kata, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.
           






















Soalan 2 : ‘keagungan negeri Melaka bukanlah bergantung keseluruhannya kepada kenyataan bahawa ia adalah sebuah pusat perdagangan yang besar dan sebuah tempat pengajian islam,bahkan ia adalah sebuah empayar yang luas kuasanya dan bukan calang-calang kedudukan’.? (Zainal Abidin Wahid:Sejarah Malaysia sepintas lalu) Berdasarkan petikan diatas,pada pandangan anda sejauh manakah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dijalankan.

Pada pendapat saya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan melalui sistem pentadbiranya yang sistematik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Sebagai contoh, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka.

Peranan sultan juga mempengaruhi kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat. Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi, sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu. Sultan juga mengetuai hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China, Pasai, Kampar, Siak, Siam, Ryukyu, Gujerat,dan Arab. Tambahan pula, sultan berupaya melantik pembesar negeri seperti  Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka ..

Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan satu sistem yang sistematik dan berwibawa. Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah. Bendahara berperanan sebagai menteri utama. Bendahara merupakan penasihat utama sultan dalam pentadbiran. Selain itu, bendahara juga berperanan sebagai ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar dan juga ketua istiadat. Bendahara juga adalah ketua turus angkatan perang dan sekaligus pemangku sultan ketika gering atau ke luar negara. Sebagai contoh dalam Sejarah Melayu,Sulalatus Salatin karya Tun Sri lanang, Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Perak adalah bendahara yang mempunyai kebijaksaan dalam membantu Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur  Syah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah di dalam pentadbiran sekaligus beiau begitu taat dalam mempertahankan kegemilangan Melaka.  
Peranan Temenggung juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Temenggung berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri. Tanpa temenggung maka ketenteraman dan keamanan Melaka terancam. Temenggung merupakan penguasa bandar dan kota Melaka. Temenggung mengawasi pedagang  asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul. Selain itu, temenggung merupakan protokol istanadan juga sebagai hakim di darat.
Laksamana pula berperanan sebagai ketua angkatan laut. Hal ini demikian kerana, laksamana ditugaskan menjaga ketenteraman laut. Selain itu, laksamana juga turut mengawal keselamatan sultan ataudikenali sebagai  pengawal peribadi sultan. Laksamana turut mengetuai utusan diraja ke seberang laut. Laksamana juhga merupakan seorang ketua duta. Hal ini demikian kerana, laksamana mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan bendahara. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan,Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar, Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik, Temenggung tiada kawasan pegangan dan Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan' .Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.
Selain itu, kedudukan geografi juga menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalanperdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat  Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.
Kemudahan Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.
Peranan Syahbandar  turut melicinkan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar iaitu antara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar,menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang dan menjadi hakim di pelabuhan. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang iaitu Syahbandar I , mengurus pedagang dari Gujerat, Syahbandar II menguruskan
pedagang dari China, Ryukyu dan Champa,Syahbandar III menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi dan Syahbandar IV  mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan dan Pasai.
Keberkesanan Undang-undang yang digubal oleh pemerintah Melaka secara tidak langsung menyumbang kegemilangannya. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal dan larangan dan tanggungjawab nakhoda.
Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai
sebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar dan pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.


Penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah .serta  Kampar dan Siak-membekalkan emas
Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai.
Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak pula terjalin melalui penaklukan. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga
Hubungan Antarabangsa Melaka dengan China mula terjalin semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China akan berdagang ke Melaka.
Hubungan diplomatik Melaka dengan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati
Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. Dalam kandungan surat tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Hal ini terbukti bahawa, Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.
Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu.Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka. Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Arab. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka. Mereka juga membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu manakala kain sutera dan teh dari China.
Melaka menjadi pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.
Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara
Perkahwinan Diraja juga turut memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan Melaka. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari Rokan, Siak dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam.
Penaklukan semasa pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri
Peranan Ahli Sufi juga membantu mempertahankan kegemilangan Melaka. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Selain itu, pedagang turut serta dalam membantu keungugulan Melaka. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa. Usaha Pemerintah juga turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kegemilangan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam. Sinar Islam yang memberi kesan terhadap kegemilangan Melaka pada ke-15.
Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama. Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan juga  terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi amalan yang dibuat kesan kegemilangan Melaka,khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.
Pusat kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya.Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana.Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun salasilah raja-raja.Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dsn menterjemah Kita agama.
Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialah
Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat
dan Hikayat Nabi Yusof.
Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telah
dihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal.Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek
ketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan 
dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca
.













Kesimpulan
Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
 Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.
Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.